World Cup 2010 : Team yang akan menyerlah < Part 3 >

Ini merupakan part yang ketiga dan juga merupakan yang terakhir bagi 'post' team yang akan menyerlah pada kempen Piala Dunia 2010.

5. Afrika Selatan

  • hunga hunga...
  • Afrika Selatan.. yea,.. Afrika Selatan. Tuan rumah pada edisi kali ini. Mengapa saya mengatakan Afrika Selatan akan menyerlah? Mudah sahaja jawapannya. Skuad Afrika Selatan telah mengalami peningkatan mendadak semenjak dilatih oleh Carlos Alberto Parreira. Secara realitinya mungkin ada yang menganggap skuad ini layak atas tiket sebagai tuan rumah. Tapi jika dinilai kepada kualiti permainan yang ditonjolkan,anda dapat mengetahui mengapa saya memilih Afrika Selatan sebagai pasukan yang akan menyerlah. Dengan Steven Pienaar menjadi aset penting kepada skuad ini, mereka mempamerkan persembahan yang mengagumkan di pentas antarabangsa. Steven Pienaar merupakan seorang pemain yang serba boleh dan mampu bermain di mana-mana posisi. Pada edisi kali ini, penyerang terbaik mereka, Benny McCarthy tidak dapat disenaraikan dalam senarai 23 pemain gara-gara masalah kecederaan. Justeru, mungkin ada sedikit masalah di jentera serangan. Bagaimanapun, skuad yang rata-rata diwakili pemain yang berpengkalan di Afrika Selatan sendiri dijangka mempamerkan persembahan yang menakjubkan pada kempen yang berlangsung di tanah mereka ini. Dengan sokongan kuat daripada penyokong tuan rumah, mereka akan berusaha untuk mencipta kejutan demi kejutan pada kempen kali ini.

6. Brazil
  • malas nak cakap brazil bleh?
  • Brazil. Dibarisi pemain-pemain berbakat dan terhebat merupakan alasan kukuh untuk menyenaraikan pasukan ini sebagai pasukan yang akan menyerlah. Walaupun menggugurkan beberapa pemain tonggak yang menjadi nadi pasukan ketika pusingan kelayakan , namun skuad Dunga ini dijangka tidak mempunyai masalah untuk mara ke pusingan suku akhir dan mungkin ke pentas akhir. Gawangnya yang dijaga oleh penjaga gol utama pasukan iaitu Julio Cesar menampakkan bahawa pasukan ini akan menjadi pasukan yang paling kurang dibolosi gol. Manakala jentera serangan yang dikemudi Luis Fabiano, Nilmar , Robinho dan Grafite pula akan membuahkan banyak gol bagi pasukan benua Amerika Selatan ini. Barisan tengahnya juga tampak hebat dengan Kaka sebagai 'star player' dalam skuad ini. Berada dalam Group G yang dilabel pasukan maut, skuad ini dijangka mendapat tentangan sengit daripada Portugal dan Ivory Coast. Namun,seandainya mereka dapat mengatasi Korea Utara pada 15 Jun ini dan sekurang-kurangnya seri dengan Ivory Coast 5 hari kemudian, skuad ini dijangka tidak menghadapi masalah untuk layak ke pusingan seterusnya.

Dirapu oleh :-: Nizam27391 :-: | | Label: |

Currently have 0 ultra KOmen:


Leave a Reply

-- Aku nyer lagi mahal.. sila bayar rm100 untuk komen --