World Cup 2010 : Team yang akan menyerlah < Part 2 >

Yea bertemu lagi kita dalam kupasan mengenai Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan kurang daripada 24 jam lagi yea. Jadi,saya pasti anda semua berdebar-debar menantikan detik 'kick-off' perlawanan pembukaan Afrika Selatan vs Mexico yea. Sama-sama kita nantikan detik bersejarah itu.

Jadi sekarang ini saya akan sambung dengan pasukan yang dijangka akan menyerlah pada Piala Dunia 2010 nanti < tadi xsempat nak tulis banyak pasukan sebab 'rushing-rushing' nak pergi jumpa kawan maaa ' > .

3. Argentina

  • estudiantes boca juniors...
  • Tanpa perlu disangkal lagi Argentina semestinya berada dalam senarai pasukan yang akan menyerlah pada kempen Piala Dunia kali ini. Pastinya Lionel Messi menjadi pemain tumpuan pada kempen kali ini. Penerima Anugerah Pemain Terbaik Dunia 2010 ni antara yang akan membarisi 'line-up' untuk pasukan Argentina. Gabungan pemain lama dan juga pemain lama tampak agak goyah pada kempen kelayakan,namun mereka kian serasi apabila digandingkan. Dilatih oleh lagenda bola sepak dunia , Diego Maradona,pastinya pasukan ini lebih kepada taktikal serangan ( harap2 Messi takde buat hand of god yea..) .  Ini sudah tentu memberi masalah kepada pihak lawan kerana barisan serangan Argentina dibarisi oleh penyerang-penyerang terbaik dunia pada abad ini. Diego Milito ( Inter Milan ) , Lionel Messi ( Barcelona ) , Carlos Tevez ( Manchester City ) dan Gonzalo Higuain ( Real Madrid ). Seandainya Maradona menyenaraikan gandingan yang tepat di jentera serangan adalah tidak mustahil Argentina dapat berpesta gol. Jentera tengah dan pertahanan Argentina kali ini dijangka berada pada tahap prestasi sederhana dengan Mascherano berkemungkinan akan menjadi nadi di tengah padang.
  • P/S : ini pun pasukan pilihan aku...


4. England
  • i am Nizam...
  • Sememangnya dan semestinya dan sesungguhnya kegemilangan pasukan England kini kembali di bawah bimbingan Fabio Capello. Dengan dibarisi ramai pemain bintang yang juga menjadi selebriti sukan terkenal dunia, maka sudah pasti pasukan paling terkenal di dunia ini berada pada kelas yang tersendiri. Dengan berbekalkan prestasi terbaik pada kempen kelayakan,mungkin tidak jadi masalah pada pasukan suami-suami WAX ini untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir. Berada dalam kumpulan C bersama USA , Algeria dan Slovenia, saingan terdekat lebih menjurus kepada USA sahaja. Skuad England yang dibarisi Wayne Rooney , Frank Lampard ( my favourite player ) dan John Terry dalam senarai 23 pemain , skuad ini dijangka tidak menghadapi masalah di mana-mana posisi di padang. John Terry dijangka memainkan peranan penting di pertahanan tengah dan Ashley Cole dan Aaron Lennon dijangka memberi tumpuan kepada counter-attack dan 'side play'. Kehebatan A.Cole dan Lennon dalam bermain 'side play' sememangnya tak dapat disangkal lagi dengan bukti banyak gol telah dihasilkan melalui gerakan mereka ini untuk kelab masing-masing. Fabio Capello dijangka mengamalkan corak balance iaitu bertahan dan menyerang. Barisan tengah yang dipacu pemain utama seperti Lampard dan Gerrard dijangka akan menjadi nadi penting kepada skuad England pada kali ini.
  • P/S : Ini pasukan third pilihan aku.. hahaha.. tapi done... stakat tiga jer...

Dirapu oleh :-: Nizam27391 :-: | | Label: |

Currently have 0 ultra KOmen:


Leave a Reply

-- Aku nyer lagi mahal.. sila bayar rm100 untuk komen --