World Cup 2010 : Team yang akan menyerlah < Part 1 >

Aku sebagai penganalisis sukan yang terkenal dan berpengalaman dengan ini akan menyenaraikan pasukan-pasukan yang akan menyerlah pada Piala Dunia 2010 yang akan bermula 11 Jun ini.

1. Sepanyol
  • El fuente kise masyukk...
  • Bagi aku team ni amat-amat terror and dijangka akan jadi pasukan yang paling menyerlah kat world cup nanti. Team yang menang Euro 2008 ni dijangka takde masalah nak bolos gawang lawan and boleh dikatakan susah nak dibolosi. Tengok jer barisan pemain yang Spain ada. Fernando Torres , David Villa , Andres Iniesta and Xavi just to say a few. Upfront and mid diorang pun da nampak mengancam kan. So bagi aku tak mustahil kalo Spain jadi pasukan yang paling banyak score dalam world cup ni. Tapi aku tak berani nak kata budak Spain yang akan menang kasut emas. Dengan kualiti yang Spain ada and dengan taktikal yang berkesan daripada jurulatih,so tak mustahil Spain akan menyerlah and maybe jugak bawak balik Piala Dunia tuh!
  • P/S : Aku sokong Spain gak kat World Cup ni.


2. Belanda
  • aku xtau accent Belanda so aku terus tulis ulasan yea..
  • Belanda yea Belanda.. ataupun sering dipanggil Netherland.. and The Orange. Kenapa aku kata pasukan ni akan menyerlah? Jawapannya senang. Macam Spain jugak,ianya berdasarkan barisan pemain yang berwibawa and hebat. Kali ni Belanda dibarisi Wesley Sneidjer and Arjen Robben yang dah banyak meningkat sejak berpindah dari kelab lama diorang. Time kat kelab baru diorang,aku amat-amat amazed dengan corak permainan diorang. Dengan adanya dua orang pemain ni atas padang,aku boleh sure yang jentera tengah and pertahan pihak lawan gerenti kucar kacir. Belanda jenis pasukan yang suka kawal bola.So aku rasa pertahanan diorang mungkin ada masalah sikit tapi kalo dibantu jentera tengah dengan berkesan,tak mustahil Belanda dapat kawal game yang diorang main tu. Tapi maybe ada masalah dengan jentera serangan diorang sebab aku rasa jentera serangan diorang macam tak berapa nak mengancam macam Spain,Brazil and Argentina. So Belanda,kuatkan barisan serangan anda yea!


Dirapu oleh :-: Nizam27391 :-: | | Label: |

Currently have 0 ultra KOmen:


Leave a Reply

-- Aku nyer lagi mahal.. sila bayar rm100 untuk komen --