Milah,John dan Kaka...
Aku rasa ketiga2 mereka ni bersahabat baik.
Selalu menyusahkan hidup aku..
Tapi aku cool...
Walaupun diorang selalu menyusahkan hidup aku..
Aku tetap bantu and tolong diorang..
Memperkenalkan Milah,John dan Kaka...
------------------------------------------------------------------
Cerita 1 : Milah
Eh2.. nama dier sebijik ngan member aku nyer cicak...
Ok.. Berbalik kepada cerita milah kepunyaan aku..
Milah amat aktif bermain..
Dia suka main kejar2..
Tapi kejar apa pun aku xtau laa...
Satu hari..
Sedang Milah kejar mengejar...
Tiba-tiba dia jatuh dalam sinki rumah a.k.a Bilik 6307 aku..
Aku rasa dia dah jatuh dalam sinki tu sejak malam before that lagi..
Tapi baru aku sedari pagi ini...
Kesian Milah...
Dia xdapat naik dari sinki tu and gi bermain lagi..
kemudian..
Datanglah seorang hero...
Yang bernama...
Ops sori..
Dia xnak namanya didedahkan..
Cukup lah anda mengetahui beliau merupakan seorang hero.
Hero tu pun datang ke sinki..
Korang mesti fikir hero tu nak angkat cicak tu an..
Of course la not.. I geli you know...Cicak ot..Setakat tengok boleh la..
Pegang? Eeeee...
Eh... terbongkar plak identiti hero tersebut..Hehe...
So apa hero tu buat??
Dia datang.. and dengan penuh semangat..
Dia cheerr.. GO MILAH.. YOU CAN DO IT...
sambil menjirus2 air kepada Milah untuk bersihkan Milah dari keringat peluhnya..
Milah dengan penuh usaha hampir dapat mencapai puncak sinki..
Namun dia jatuh..Milah hampir putus asa..
Once again..
Hero membuat cheer keramat beliau..
GO MILAH.. I KNOW YOU CAN DO IT..
Daaaaaannnn..... Ops tangan Milah hampir mencecah puncak sinki..
Daaaaaannnn... Yeayyyyy.... She did it....
Kemudian dengan serba pantas Milah berlari.. sambung permainan kejar2 nya agaknya...
Tanpa berterima kasih pun terhadap hero tersebut..
Tapi hero xkisah.. Kerana tugas beliau untuk menjadi penyelamat dunia dan makhluk dunia sudah terlaksana dengan jayanya...
Hero pun kemudian menyarung baju dan prepare untuk pergi ke lecture dengan penuh 'kurang tinggi' a.k.a rendah diri...
--------------------------------------------------------
Cerita 2 : JOHN
John.. seekor belalang hebat...
Ada ura2 mengatakan dia merupakan pahlawan yang telah menewaskan Nujum Pak Belalang dalam Pertandingan Teka-Teki Dunia yang berlangsung di Venice,Italy..
Tapi aku xtau la kenapa one day dia tiba2 datang bilik aku..
Setakat datang xper la kan..
Tapi dah la xketuk pintu..Xbagi salam.. Xpakai baju plak tuh..at least pakai la singlet pagoda..
Aishhhh... betapa biadabnya perlakuan mu wahai John..
John datang pada petang hari lagi..
Tapi dia terpaksa tunggu sampai malam sebab aku ada terlalu banyak appointment dengan klien..
Mungkin sebab terlalu penat menunggu..Dia sampaikan xtau bezakan yang mana kerusi and yang mana meja.
Time aku nak ke meja study.. Tup.. Terjumpa John...
Aku pun bertanya... Kenapa ada kat sini?
Dia xmenjawab.. tapi mulut dia dok ngomel2..mungkin dia kehilangan suara kot..
Then dia terus meloncat ke katil aku...maybe penat sampaikan nak tido...
Aku pun biarkan saje la.. semangat nak study menebal di dada sehinggakan tugasku sebagai hero aku terpaksa abaikan...
Kemudian datanglah member aku...nama dia Syuk.. P/S : dia bukan hero..
Dia pun tanya pasal ada belalang ni...
Aku pun menjawab.. Ntah la weh... Ko buangkan weh.. Hehe.. Kegelian melanda...
Then dengan penuh geli.. dia pun ambik dan pegang belalang tu..
Shuhhhhhhh... Dia baling keluar dari tingkap...
Kesian JOHN... semoga dia kekal hidup dengan aman bersama kakinya yang perhaps dah patah...
---------------------------------------------------------------
Cerita 3 : KAKA
Wow...Kaka tu bebbb...
Anda mesti tertanya2.. Dia pandai main bola ker?
Jawapannya... definitely not la..
Dia kan burung... so dia men permainan yang dalam Harry Potter tuh.. Apa dah nama dia...
Tapi xde lah hebat mana pun.. Team die.. The Birdies asyik kalah jer...
And skang dalam zon penyingkiran Liga Dumbledore...
So apa cerita dia?
Ni haaaa mai cek nak cerita ni...
Pada satu malam yang hening..
Ketika satu pasangan sedang melayan perasaan emosi kerana bergaduh..
Si hero di depan menumpukan perhatian terhadap jalan2 yang berliku...
manakala si heroin pula di belakang.. Xtau buat apa.. memandang2 keliling maybe... usha mat bangla yang kerja di kilang.... [ Haha... Awak oo awak.. jangan marah yea....]
Kemudian.. si hero tibe2 merasakan seperti ada setitik air di tangan beliau...
Disangkakan hujan di malam hari.. Rupa2nya TAHI BURUNG.!!!
Hero pun menjeritttt xpuas hati...
Wahai Kaka... Mengapakah dikau berak di tangan kananku yang amat kacak ini?
Manakala si heroin pula gelak terbahak2 bila si hero bagitau...
Hero pun tbe2 tersenyum sendirian di depan motor mendengarkan heroin ketawa and hepi..
Kaka oh kaka oh kaka oh KAKAAAAA !!...
Mengapa?
Setelah apa yang aku lakukan..
Adakah ini balasan kamu?
Hero dan heroin pun pergi meninggalkan Kaka yang amat biadap itu...
Pergi ke McD utk samak..
Yea kawan2...McD sekarang dah provide servis utk samak anggota badan anda jika terkena najis2 kotor yea... Tapi.. self service...or melayu nya.. Layan Diri...
Serious wehhhhhhhh.... Xpuas hati betulll !!!
Pehal ko berak kat aku Kaka !!
Tapi bgos gak,. At least heroin hepi..
So wahai Kaka.. bila ktorg gaduh lagi..
Mohon kerjasama anda untuk berak lagi yea...
Tapi next time kat tangan kiri plak please..
----------- Sekian sahaja cerita tentang Milah,John dan Kaka -----------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sengallllllllllllllllllllllllllll!
ni sebab dah bosan sgt da ke?
haha...
bosan bosan gak..
tapi ni kisah benar...
lama dah nak tulis...
baru hari ni rajin.. hehe...
xboleh la. asal cicak je name milah. kesian tau org name milah.
hahha.
tp best la. nmpk cicak je pggl milah.
nampak belalang je pggil john.
*kenapa john?
n burung je pggl kakak. HAHAH
milah tu sebab aku teringat cter dalam blog ko...
john and kaka aku men letak jer... hehe.. dapat idea letak nama tu tbe2...hehe...
x paham ah
apa yang xpaham nya faiz?
pelik2